Archive

Posts Tagged ‘cheap flights malaysia’

Batik – Putrajaya

17 January 2008 Leave a comment

Dipetik dari Harian Metro

Wajib pakai batik

Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Bermula esok, kira-kira sejuta kakitangan awam di seluruh negara diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia selaras dengan surat pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semalam.

Keputusan kerajaan itu meminda arahan yang dikeluarkan pada 30 Jun 2005 lalu iaitu pemakaian batik Malaysia bagi kakitangan awam ditetapkan pada hari pertama dan ke-15 setiap bulan.

Pindaan itu juga membabitkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia bagi kakitangan lelaki.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata keputusan kerajaan itu dibuat dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang menjadi warisan dan identiti bangsa.

“Pemakaian batik oleh kakitangan awam terutamanya batik Malaysia dapat meningkatkan permintaan terhadap batik tempatan dan membangunkan perusahaan batik tempatan.“Keputusan kerajaan berkenaan adalah selaras dengan kedudukan batik sebagai warisan negara yang perlu terus dipertahankan sebagai identiti Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan – Penambahbaikan Urusan Cadangan Pemajuan serta Penyelenggaran dan Pengurusan Hartanah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah serta Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Mohd Sidek berkata, makluman mengenai arahan itu sudah dibuat menerusi Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 yang dikeluarkan menerusi laman rasmi JPA, mulai semalam.

“Bagaimanapun, arahan ini tidak terpakai kepada pegawai kerajaan yang dibekalkan dengan pakaian seragam; pegawai yang menghadiri acara rasmi seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan dengan pelawat asing atau sesuatu majlis yang menetapkan pemakaian pakaian lain,” katanya.

Categories: batik, Putrajaya Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,